Thursday 14 June 2012

ASSALAMUALAIKUM SEMUA :)


HMMM... malam tadi aku termimpikan dia lagi.. sape tuh??
HEHEHE biarlah cuma aku ngan Allah ja yang tahu kan.. dalam mimpi tu aku,dia dan yang lain semua pakai baju putih..
CANTIK sangat !!!
AKU nampak dia tersenyum.. aku lalu depan dia ja sambil dia senyum..
SUASANA masa tu sejuk, berangin and ada daun2 yg beterbangan..
SERIUS  aku tak tipu...
SWEET abih mimpi tu... walaupun aku selalu mimpikan dia tapi itu adalah mimpi yg paling indah bagi aku..




YA sangat indah...
MUNGKIN dia tengah bergembira kot kan??
SAYA SENTIASA DOAKAN KEBAHAGIAANMU.. :D

Thursday 17 May 2012

Kekasih vs Sahabat

ASSALAMUALAIKUM..

WELL.. Seperti yang tertera di atas aku cuma nak berkongsi lah.. Agak-agaknya yang mana lebih penting yer?
HHHHMMM bombastic question right... akcelly i've not much idea regarding this as i have no boyfriend as well..HAHAHA 
BUT if u which one do you prefer??
Kawan yang dah almost 5 tahun kenal or boyfriend yang baru tak sampai setahun?
Tak kisah la nak pilih mana pon kan because i know both of them important kan?
Tapi at least jangalah sampai bermusuh dengan kawan di sebabkan benda ni kan..
Merepek betul kan?
Aisshhh serabut jiwa sebab masalah ni timbul kat kawan aku sendiri..
Sanggup jer tipu parents semata-mata nak g jumpa boyfie tuh..
Jauh taw .. drive sendiri lagi...LESEN P LAGI...ahaha
Yang lagi best is she told her parents that she with us when she went to her boyfriend...
WHAT THE............
So can u imagine what will happen if anything heppened to her??
Of coz her parents will blamed it on us right??
Ya Allah... ntah apa yang aku harus lakukan sekarang..
Nasihat tak jalan dah...
Tak kan nak belasah kot??? HAHAHA
Bermusuh dengan sahabat hanya disebabkan lelaki??
Its really not me!!
I just want my friend back..
If she could know how much my friends and I love her...


Wednesday 16 May 2012

keep in smile Wanniey

ASSALAMUALAIKUM..

Ouh lamanya mr.belog ni tak disentuh.. well im sorry :'(
masalah..ye masalah dengan bb yang lembab...adess
And today dimana hari aku langsung tak ada mood untuk menghupdate belog kesayangan ni la bb nak buat baik ngan aku.. hmmmm TERIMA dengan redha je la kan..
Well sometime kita akan rasa down kan? Ye tu la yang aku sedang alami..
Kawan
Family
Diri sendiri
Dah macam hilang
Kawan baik pon dah hilang...SEDIH :'(
Yang masih setia mungkin hanya mr.belog  ni je kan..
Mungkin salah diri sendiri  kan..hmm Wanniey keep in smile ok
That's always u do aren't u?
And why u just can't do it now?
ALLAH help me!

Saturday 31 March 2012

JOM JADI BAIK BERJEMAAH JOM :D


Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti ada hikmah!
Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.
Daripada Fadhallah bin Ubaid r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada."
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)
Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.
Kita dijadikan untuk beribadah kepadaNYA.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU "
(Surah az-Zariyat ayat 56)
Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh ALAH SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. ALLAH SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya.
Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi ALLAH melihat kepada hati-hati kamu."
(Riwayat Muslim)
Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah bersaudara .
Daripada Abdullah bin Umar r.a,Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekurangan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan.

Ingatlah, jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu. Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya ALLAH yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati.
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a ,Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud : "Tidak masuk ke syurga orang yang terdapat dihatinya walau sebesar zarah perasaan takabbur."
(Riwayat Muslim)
Kawan-kawan, jika kita dah pakai tudung labuh, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya.
ALLAH memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah ALLAH ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana ALLAH SWT.
i copy paste dari sini

MAAF......


Maaf semua..
Maaf atas kesilapan diri ini
Mungkin aku terleka
Terlupa untuk memikirkan orang lain
Yang mungkin menyangi diri iini

Maaf
Andai dirimu terluka
Kekadang aku melebihi batas
Tanpa memikirkan perasaanmu
Apa yang mampu ku lakukan hanyalah satu ungkapan maaf

Maafkan aku...
Redhai lah segalanya
Halalkan lah segalanya..

JAGALAH MARUAH WAHAI HAWA..

ASSALAMUALAIKUM...


OKE..tajuk di atas untuk semua kaum hawa ye bukan yang nama hawa je...
Actually terdetik kat hati ni nak tulis pasal ni after aku terkejut baca pasal dua budak sekolah form 3 ponteng sekolah then kena tangkap khalwat...subhanallah... baru 15 tahun kot..
LISTEN  READ!!!
jom kita fikir balik eh...
Ampa ingat laki tu nak tak kat ampa nanti??
I mean nak buat bini??
Kalo depa dah 'try' ampa la kan..
Agak2 probability untuk depa 'try' orang lain tinggi tak??(ter-math lak)
Ampa ingat laki camtu boleh jadi imam ampa ke sau hari nanti??
Come on la..Allah bagi otak untuk fikir..kalau sampai sanggup abaikan sekolah semata-mata nak pergi gadai maruah, better korang berentin sekolah then suruh parents korang cari calon suami kat korang lagi bagus...
Halal and terjamin lagi tau... 
Korang pernah tak fikir betapa hancurnya hati parents korang??
Hati mak ampa yang bertarung nyawa nak lahirkan korang,jaga korang...
Alih2 sebab cinta yang entah apa2 korang boleh gadaikan camtu je??
Allah cipta wanita punya kelebihan..
Wanita adalah perhiasan terindah di muka bumi ini tau...So, tunjuk la rasa syukur tu sikit...
Aku malas nak keluar hadis semua sebab aku tau ramai yang malas baca pon..but if u interested korang selak la Al-quran or tafsir..cari surah an-Nur...baca pasal tutup aurat..belajar tutup dulu..baru belajar benda lain later oke...
Aku nak berleter panjang pon aku sendiri pon tak lah baik sangat..tapi aku tak buat kerja2 tu oke..
cuma nak share je ngan kaum hawa yang mungkinTERlupa ngan warning Allah kot..
Plus, aku tak nak gak makin becambah baby yang tak berbapak kat Malaysia ni...yang sedihnya kebanyakkannya baby tu baby MELAYU pulak...
Jom kita jaga maruah kita ye..
WASALAM

Friday 30 March 2012

...



When I wear purple, U wear brown
When I wear red, U wear  purple
When I wear blue, U wear pink
When I wear pink, U wear white
When I wear black, U wear black too
And its enough to make me happy 
Because what I want is U !! :D


Friday 23 March 2012

Ibu





Ibu
Engkau segalanya bagiku
Jasamu takkan terbalas walau segunung berlian kuhadiahkan
Sesungguhnya
Hanya Allah yang bisa membalasnya

Ibu
Dakapanmu sentiasa menjadi dambaan ku
Senyum mu menyejukkan amarah ku
Bisikan lembutmu mengalir sejuk keruang hati ini
Sungguh
Engkaulah hidupku nyawaku

Ibu
Ampuni segala dosaku
Ampuni segala kebodohanku
Maafkan segala kehilafanku ini
Maafkan segala kelakuanku

Kerna aku..
Anakmu  ini amat menyintai mu...


Saturday 17 March 2012

24 peringatan untuk wanita

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa



10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
- Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
- Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
- Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
- Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
- Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
- Orang yang gemuk tapi kurus
- Orang yang berpakaian tetapi telanjang
- Orang yang alim tapi jahil
Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
- Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
- Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
- Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
- Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
- Ingat kepada Allah SWT
- Lupakan budi baik mu pada orang lain.
- Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
- Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
- Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
- Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
- Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
- Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
- Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
- Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
- Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
- Minta talak.
- Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
- Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
- Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
- Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:
- Mengekalkan malu pada suaminya.
- Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
- Mengikut kata-kata dan suruhannya.
- Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
- Berdiri menyambut kedatangannya.
- Berdiri menghantar pemergiannya.
- Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
- Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
- Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
- Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
- Tiada khianat ketika tiada suaminya.
- Memuliakan keluarga suaminya.
- Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya

dipetik dari : 

Saturday 10 March 2012

love urself

waktu anak perempuan masuk tadika...
anak i masuk tadika abc, orang cakap tadika ni bagus..anak u, u hantar tadika KEMAS je?? di jamin ke?? takut nanti masuk darjah 1 abc pon tak tau lagi..


anak perempuan tingkatan 1..
anak i dapat masuk mrsm tau...banyak lagi sekolah asrama tawar dia tapi dia pilih mrsm..tak tau la knapa..anak u tak pegi mna2 ke??


anak perempuan tingkatan 5...
eh, u tau anak i ramai peminat tau..kerabat pon ada..tapi anak i tak layan sangat..nasib baik la kalau tak,tak tau lah i..ye la anak i kan pelajar cemerlang sekolah dia..


anak perempuan 19 tahun..
hmm anak i dah pandai masak tau..kari, asam pedas, sayur tumis, bla bla bla.... anak u tak ke dapur ke?? eh jangan...nanti macam mana nak kahwin..perempuan mesti pandai masak tau..baru suami sayang..


anak perempuan  25 tahun..
eh anak i dah bawak balik calon..anak u??dah 25 tahun takkan tak ada calon kot...andartu nanti.. u tau calon menantu i ni anak datuk pangkat besar gitu...sejuk perut i tau..


.


u noe what?? DO NOT COMPARING US(ladies)!!! haha aku tau memang kebanyakkan orang akan mengalami situasi ni kan?? but well as long as u and ur family know who u are nothing can be great than that..just be urself..no need to be hypocrite just because someonelse..people can know how beautiful u are when they see the real u..not when u are lying..so, bersyukur dengan apa yang kita ada...ignore semua yang buta and tak dapat melihat the real u are..do not worry about jodoh bagai sebab allah memang menjadikan hambanya berpasang pasangan..tak jumpa di sini jumpa di syurga ye....tak ada manusia yang sempurna..

Friday 9 March 2012

Cinta atau Nafsu


"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.
"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.
"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.
Situasi lain:
"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"
"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."
C.I.N.T.A
Cinta.
Sayang.
Suka.
Minat.
Tangkap cintan.
Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.
Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.
Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!
Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?
Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?
Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?

Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang.  Islam isperfect! Soal cinta pun ada.
Buktinya:
Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.
Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)
Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.
Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?
Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.
Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:
Pernikahan yang bagaimana?
Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."  Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.
Inilah jawapannya!

Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.
Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.
Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhoi perasaan yang wujud itu.
Wallahua'lam.
i luv islam